ANNIVERSARY REMINDER

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 3, 2009

TAFSIRAN MIMPI.ADE YG SAME NGN KORG X?

Kalau mimpi dibelit atau dipatuk ular tu maksudnya ada orang yang sudah jatuh hati dan berkenan dan akan masuk meminang anda.menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit

Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.

Mimpi Ular Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

pastu kalau mimpi terbang maksudnya kejayaan, pencapaian dan prestasi, Menggambarkan harapan, hasrat dan cita-cita anda. Mimpi Terbang Jika anda bermimpi terbang dengan pesawat terbang, tandanya akan datang panggilan undangan istimewa kerana anda mempunyai kelebihan yang sangat berharga. Jika mimpi melihat perahu terbang bermakna akan berhasil dalam usaha. Kalau diri anda sendiri yang terbang, ertinya anda akan mendapat suatu pengalaman/ilmu yang sangat bermanfaat bagi anda yang dapat membantu hidup atau kareer anda.

SO KALAU ADE ORG YG CKP KAT KORG YG MIMPI ULAR NI TANDANYA KORG AKAN BHADAPAN NGAN MASALAH PASNI,KASI BOOOOOOOO SAMA DIA.OK?!!PANDAI2 JE.. :P
ANGGOTA KELUARGA

menurut Islam: Anggota Keluarga:

Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang.

menurut Barat: Anggota Keluarga:

Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan, bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda melambangkan anda seperti anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.

ATAU:MATI

menurut Islam: Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat. menurut Barat: Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh orang atau situasi yang sudah membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan dia.

ATAU:MAYAT

menurut Islam: Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.

menurut Barat: Mayat:
Khabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.

No comments:

Post a Comment