ANNIVERSARY REMINDER

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA MENANG.Nk kutuk or puji??

ok msia menang.well its a gud started for our sports industry.GUD MALAYSIA GUD!proud of u guys.hermm.skrg we r talking about us,the audience,yea of coz the biggest audience in msia,to watch our team in tv..but blh ker kite consider diri kite s the biggest supporter?ok arini mmg ramai glr org dok tipon radio stations juz to say they were excited to c our team win the game.c how supportive they r!*yea tats gud..for certain people only laaa.huhu

ade gak yg puas at ngn corak permainan tean kite..temasokla bapak ak..dok bising2 dpn tv..jiran ak haaa.lg memekak..siap psg tv besa kt luar..yes nmpak sgt exciting bile tgk org kite mcm tu..ramai2 tgk en..tp cm pelik lak bile rmai2 kutuk..i was like~dorg ni nk tgk ker nk kutuk..*

xtau ker org tu tgh bhempas pulas maen..atlis apriciate.msia dh menang lawan laos so kali ni they won again.not great ka?majority cam critic,,critic..critic...critic.bila lu nk habes critic org ha brader?tp x salah coz tu opinion certain people kn..tp kalau dh condem country sndri mmg ak cm nk lasah jer ckop2 haa

kite mmgla xyah puji lebih bile msia menang..by saying tat baru menang skali dah kecoh.tp pk la sudut positive,SILA TENGOK AFFORD org tu.afford u ape??kutok org jer.pastu bkk espn tgk omputih maen..see?sampai bile kite nk maju??

kat fb arini mmg blambak opinion msg2 sal tean msia..ak smpat gak gaduh haa.bkn gaduh,juz ptahankn opinion msg2..dier pun sme xnk kalah..haha.fren ke ape,kalau nk ptahankn idea msg2 mmg hebat r..x kire u kwn i ke ape..well,its not sumthing personal rite.so who cares?ITS JUZ IDEALOGI on certain thing.ape yg kite rse.

ni antara cth2 "pertengkaran" & "perbalahan" ak ngn member fb.

~
Sharmeen Mint
tp atlis dorg dh try..then menang lak tuh..kdg2 kite ni kutuk lebih tp bile sndri maen hampeh.lg trok dr sampah..so anything support msia!hee


Namot Rulez
yup..stuju sgt!! cmne buruk pon itulah org malaysia...sama cm kita...heeee

Sharmeen Mint
yeah namot rulez!*tetbe ;p


Namot Rulez
hahaha...tetibe kn?? xpe2, walau selemah mana pon kita sokong jela...harapkan remaja yg akan dtg utk teros memajukan arena bola sepak kita!! yeah!! heeeee


Khyrel Asyraf
menang mmg la menangtgk la berape byk peluang td?tgk x betapa malasnya player nak larilambat..score pon td nasib je... See Morenasib baik menang...kalo kalah td camne?

Namot Rulez
kalo kalah td mmg smua kne kondem...bese la 2....huhu

Khyrel Asyraf
nasib baik menang...semua hepikalo kalah tadi...malaysia berapa kali dah kene malu...x heran dah

Sharmeen Mint
tats wat we called msian mentality..blom pape da pk kalah..well sume org tau en..msia..ala kalau men bola perghhh komfem r kalah..awal2 lg da pk mcm 2..player sia ade talent juz kne gilap lg..skrg dh menang so pk jela positif,wat will hapen nx in our sports industry..dhla emas pertama..x ke proud tuh.some people choose to watch espn rather than tv2 3..funny haa.pastu kalau kalah nk bsing2..kalau dh menang lg nk komplen.so kerel?wat do u think

Namot Rulez
eh, da da....xpayah pikir daa......yg penting kita da dpt emas k....xkesah la cmne pon....kita hope da best utk industri bola sepak kita k...chill!!! hehehe


Hanis Syazni
malaysia da bwat yg terbaik ape second half.. permainan yg terpuji layak untuk mencapai kemenangan... aku puas hati dgn care malaysia main..bertahan dgn bagus..good job


Namot Rulez
eh, xla.....masing2 ada opinion sndiri kn?? heee....kne respect opinion each other...heh


Sharmeen Mint
yup2 opinion.cayala namot.ptt r dl..wahaha

Namot Rulez
eh eh...mint...jgn bgitu...sama jek DL o x...huuuu

Khyrel Asyraf
mint: yeah...ada bakat, mmg x dinafikan. mmg second half malaysia main bagus, better than first half. tapi dgn vietnam nak score sebijik pon seksa. padahal brpe byk peluang?and player pon macam malas2 je nak lari, tggu bola sampai dkt kaki dlu baru nak sprint...kurang kualiti di situ. bukan x bole nak menang, tapi...sbb tu la kalo Man U lawan malaysia orang akan prefer Man U...puas hati.


Sharmeen Mint
x yah r mrh..kite org msia.namot tolonggggg!hahaa

Khyrel Asyraf
xde arr...bukan marah. macam namot cakap arr...opinion kantahniah la dah menang. just sayang arr peluang banyak2.dan menang x bermakna hebat pon


Namot Rulez
heee...xpe, ada byk masa nk buktikan kebolehan msia...tros bangkit pemain2 msia, jgn tdo...ni bila da menang skali da nk berlagak nti...da malas2...hehehe....pastikan mutu permainan seiring dgn pembangunan negara... 2 dia!!! haha
20 minutes ago

Sharmeen Mint
herm.dhla.apepon msia da menang.starting yg ade potential la tuh..msia byk mslh kot..financial support lg..skill tarak..well kalau nk compare international mmgla jauh bcoz dorg dh advanced dulu dr kite.sme gak cm film industry.tats da conclusion.agree?

Khyrel Asyraf
namot: bila nak bangkit? err...2029? ahahaha


Khyrel Asyraf
so it's all about financial la? ape kene leburkan pingat emas byk2 tu, jual...1 gram rm120...kumpul byk2...hehe


YG NI SUPPORT


Syahrul Danial syabas team malaysia!!! vietnam suke makan kuceng, pon taleh menang...kpd yg kritik bola malaysia ingat, IC korang kaler biru gak...tayah la cakap lebih...


You like this.

Khyrel Asyraf
argh malaysia...baru menang emas dah kecoh. 20 tahun baru nak dpt sebijik emas. lepas ni bila plak? 2029?p/s: hebat2 malaysia pon kene jajah...heheheh


Fiqri Manssor
btol Dan!!! ngaku la aku nye IC wane biru...hahah...


Syahrul Danial
mentaliti macam ni agak kolot ye kwn2...bayangkan seorang rakyat singapura pon boleh bersama sama saye menonton bola sambil menyokong pasukan malaysia...ape kah anak bangsa sejenis ini..haha...kalau malaysia perang lu dok lam lubang tikus ke? kite mencuba ntok jadi lebih baik dari sebelumnya...haha..klaka sungguh..hidung sama kemek...tapi takpe la ati lain2...


Fiqri Manssor
anak melayu memang begitu...modenisasi yg merubah segalanya....kejayaan negara kita bkn je pd kritikan, yg penting adalah sokongan......


Khyrel Asyraf
ya..ada apa dgn malaysia?nama asal tanah melayu, tapi skang?maruah tergadai, tanah abis bagi dkt cinatokong bersepahheee...alaa bola je kot... See Moremacam la x biasa kalah. kalah dgn team negara miskin, yg main ola pakai kain pelekat.nak marah pon x bole. xkan nak bakar kerusi Dan?ngee...


Sharmeen Mint
betol!apelaaaa.haish


Fauzan NightElf
bo0o0o0o0o0o0o0o0!!!hahahaha...ko sokong pon sbb kembo tu ko suke boo0o0o0o0 wawkawkawka


Syahrul Danial
haha...memang la bola je...stop stupidity,be mature dude...nak marah buat ape..im the coolest person plak..haha...lagi untung lu orang masuk uitm dari cina or indian dapat masuk..pon tak sedar...sungguh bodoh persepsi itu..oke dahla...kite cite pasal pasukan skuash negara plak...macamane...? khyrel aku respect opinion lu..peace!

ade gak yg wat research knp msia "kureng" mse maen.so jgn maen ckp jer org x bgos la ape


PERMASALAHAN DALAM SUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA



Dilihat dari aspek kecergasan semua pemain ketika sesi ujian dijalankan di ISN sebelum kekalahan pasukan Negara di tangan UAE, hanya tiga pemain yang melepasi had kecergasan yang ditetapkan untuk perlawanan antarabangsa. Pemain-pemain yang dipilih untuk pasukan kebangsaan sebenarnya kelihatan tidak berstamina atau tidak bertenaga. Jika dilihat dalam perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan, pergerakan pemain kelihatan tidak bertenaga, tidak kelihatan sasa dan mudah jatuh apabila diasak secara fizikal oleh pemain lawan, Jika dilihat pada pesembahan pemain-pemain dahulu seperti Jamal Nasir, Mokhtar Dahari atau Abdullah Ali, mereka tidak mudah jatuh, sangat lasak, agresif, sangat rajin dalam pergerakan walaupun serendah Wan Zawawi atau Hamzah Husin tetapi pemain yang ada pada hari ini tidak seperti itu. Ini menunjukkan gaya pergerakan dan larian sebenarnya adalah aspek stamina yang boleh dibentuk. Pemain yang ada dalam pasukan kebangsaan kini masih tidak terbentuk dari segi kecergasan. Pada pandangan saya untuk bermain di pertandingan bertaraf dunia, pemain-pemain bola sepak Malaysia mesti mampu bermain selama 180 minit secara bertenaga dan aggresif seperti pemain Korea Selatan dan Jepun. Kelemahan kedua yang sangat ketara ialah faktor kemahiran (skill) yang lemah. Dari apa yang dilihat beberapa tahun kebelakangan ini pemain-pemain Malaysia sangat lemah dari segi kemahiran permainan bolasepak. Hantaran yang tidak tepat, kawalan bola yang longgar, cara menampan bola yang lemah dan paling utama tendangan yang sering tidak menepati sasaran. Bayangkan pasukan bola sepak kebangsaan mempunyai pemain yang tidak menguasai kemahiran asas bola sepak. Ini menyebabkan jurulatih terpaksa mengajar semula kemahiran-kemahiran asas ini kepada pemain-pemain. Pemain ini juga dipilih kerana corak permainan mereka mengikut kehendak jurulatih tetapi kemahiran asas bagi pemain tersebut tidak begitu baik. Akibat dari kekurangan kemahiran ini, sering berlaku hantaran yang tidak tepat, kawalan bola yang longgar, cara menampan bola yang lemah dan paling utama tendangan yang sering tidak menepati sasaran semasa perlawanan dan ini menjejaskan corak permainan pasukan (Nash, 2003).Kemahiran berfikir yang cukup lemah juga merupakan antara faktor yang menghantui kredibiliti pasukan kebangsaan. Lemah dalam membuat keputusan dalam permainan akhirnya permain menjadi hilang fokus. Kelemahan ini seringkali dimanipulasi oleh pasukan lawan. Apa yang sering berlaku pemain-pemain kini bermain " asal kejar bola dan asal dapat sentuh bola" maka itulah bermain bolasepak. Peminat merasa hairan kenapa pengurus dan jurulatih tidak nampak perkara ini? Atau sudah berkemahirankah pemain yang mereka bimbing itu sebenarnya? Akibat hilang fokus, pemain sering kali kehilangan bola dan pemain lawan sering menggunakan kelemahan ini untuk memerangkap skuad kebangsaan.Program Nutrisi Sukan untuk pasukan bola sepak bawah 15, 16 dan 17 kebangsaan di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil bulan lalu seakan-akan membuka pekung kepada punca kelemahan kecergasan para pemain bola sepak kebangsaan. Bagaikan kilat memancar, terbit satu persoalan. Adakah kelemahan aspek penjagaan makanan di pasukan negeri atau kelab yang bersaing di Liga M menjadi punca pemain kurang cergas? Jika difikir secara logik, pastinya program yang dijalankan ISN (kebanyakannya berkisar tentang diet makanan yang perlu diambil seseorang atlet) dititik berat serta dilaksanakan di dalam pasukan kebangsaan ketika para pemain ini dikumpulkan menjelang mana-mana perlawanan antarabangsa. Dan jika setiap apa yang didedahkan di dalam program itu diamalkan di dalam skuad kebangsaan, maka, tidak hairanlah skuad kebangsaan kelihatan cergas dan berjaya memberi tentangan ketika menghadapi Chelsea dan memikul tugasan di Piala AFF Suzuki sekalipun tewas. Berbeza dengan kekalahan baru-baru ini di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pemain negara yang tidak sampai seminggu dibimbing bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan dilihat seakan tidak bermaya selain longlai diratah UAE. Dalam tempoh seminggu menjelang aksi perlawanan kelayakan Piala Asia menentang UAE itu - dan kebanyakan pemain baru menyelesaikan aksi di Liga M - apa yang mampu dilaksanakan Sathianathan dan pasukan kejurulatihannya? Jika ini diambil kira, adakah para pemain yang kurang cergas itu berpunca daripada kegagalan mengawal aspek nutrisi sukan mereka walaupun menjalani latihan yang betul? Maka, timbul satu lagi persoalan, jika ini menjadi puncanya, adakah pentadbiran pasukan negeri atau kelab yang bersaing di Liga M menjadi dalang terhadap semua perkara ini? Contoh ketara yang boleh dilihat, ketika skuad Harimau Malaya menentang Chelsea dan Piala AFF Suzuki, para pemain dilihat mampu beraksi 90 minit tanpa mengalami sebarang kekejangan. Namun sebaik sahaja mereka turun beraksi di Liga Malaysia, yang lebih perlahan rentaknya, ada saja pemain yang mengalami kekejangan ketika waktu permainan baru mencecah ke angka 75 minit. Lebih parah, juruperunding Pusat Nutrisi Sukan, Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Zsuzsanna Fajcsak mendedahkan, atlet Malaysia, berdepan dengan lebih banyak dilema ekoran kepelbagaian pilihan makanan yang ada di negara ini. Malaysia terkenal dengan keunikan pilihan makanan yang pelbagai dan mudah untuk diperoleh, jadi, atlet negara ini perlu lebih berhati-hati memilih makanan agar prestasi mereka tidak terganggu. Kesilapan memilih makanan bukan sahaja akan mengganggu prestasi malah bakal memberi kesan fizikal kepada atlet (Serpa, 1999). Setiap atlet perlu tahu mengenai khasiat pemakanan yang diambil bagi memastikan mereka sentiasa berada di tahap terbaik.Sistem liga terutama dari segi pengadilan juga menjadi masalah bola sepak di Malaysia. Persatuan Bola Sepak Malaysia perlu melihat ini sebagai perkara yang utama. Sering kita lihat di dada akhbar jurulatih pasukan negeri mempertikaikan keputusan pengadil. Pengadilan merupakan faktor besar pengaruhi setiap corak pemain apabila berada di padang. Emosi pemain perlu dikawal, hanya 'pengadilan' mengikut corak Eropah sahaja dapat menghasilkan mutu bola sepak yang berjaya.Kursus pengadilan perlu dilihat semula, praktikal atau teori perlu mengikut peraturan terbaik, namun kita perlu melihat dalam konteks antarabangsa, apabila seseorang pengadil turun ke padang dia perlu menjadikan dirinya seperti pengadil antarabangsa. Namun apabila pemain ini diterjemahkan ke dalam corak sistem Liga Malaysia, pengaruh bermain secara Eropah akan hilang sedikit demi sedikit akibat faktor pengadilan yang tidak baik. Prestasi pemain dan individu itu akan menurun dengan secara mendadak, ini adalah kerana emosi pemain itu tidak dapat dikawal dengan baik oleh setiap pengadil (Robert, 1992). Apabila emosi menguasai di padang, akibatnya bukan bola yang dicari namun kaki yang dicari. Apabila pemain itu melakukan kekasaran perlu diberikan wisel dengan segera, melakukan kedua kali, kad kuning perlu diberi, melakukan kali ketiga, perlu diberi kad merah. Kesesuaian amaran, kad kuning dan merah perlu dilakukan mengikut kekasaran yang dilakukan oleh pemain tersebut. Pengadil perlu bijak melaksanakannya. Walaupun setiap perlawanan tersebut baru bermula, namun sekiranya salah satu pemain itu bermain dengan terlalu kasar, kad kuning perlu diberi supaya perkara itu tidak diulangi oleh pemain tersebut atau pemain-pemain yang lain, dengan cara ini setiap pemain dapat menghayati skil mereka dan mutu bermain mereka dengan lebih baik dan teknik serta corak diajar oleh jurulatih seperti B. Sathinathan dapat diterjemahkan dengan lebih baik dan berkesan. Pengadil merupakan polis padang yang paling berkesan mengasuh emosi pemain itu sendiri.Sebagai peminat sukan di Malaysia, ramai peminat merasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak di negara ini wajar melakukan perubahan dalam organisasi bagi memulihkan imej dan maruah pasukan bola sepak negara. FAM, pada abad ke-21 ini perlu melakukan perubahan dan penyusunan dari segi kejurulatihan, kepimpinan, pemilihan pemain, pemakanan atlet, motivasi serta pemain pelapis. Antara cadangan yang wajar FAM fikirkan adalah dari segi kepimpinan yang mana memerlukan pemimpin baru yang mempunyai idea bernas, agresif serta berwawasan untuk memajukan sukan dan meningkatkan imej bola sepak negara yang semakin nazak. Usahlah FAM berbangga kerana mempunyai pegawai yang berkhidmat untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tetapi menghadapi masalah dengan bola sepak negara yang memerlukan perubahan. Usah gah dengan bangunan Akademi Bolasepak FAM yang besar dan cantik serta kemudahan pelbagai tetapi bilangan pemain yang kecil, pegawai yang tidak komited kepada pembangunan sukan, pelajar dan atlet yang tiada inisiatif untuk meningkatkan kemahiran bola sepak, kurang semangat patriotik dan daya juang dalam diri, yang pentingkan hiburan dan keseronokan daripada memikirkan tanggungjawab kepada negara, pembayar cukai serta penonton yang sanggup membanjiri stadium hanya untuk menyaksikan skuad negara terus dibelasah dan menyaksikan permainan seperti budak sekolah menengah. Pemilihan jurulatih tempatan yang memahami aspek permainan dan fizikal pemain tempatan juga penting dalam membantu meningkatkan permainan bola sepak negara. FAM yang lebih cenderung dengan jurulatih import nampak seperti tidak belajar daripada kesilapan yang sama. Kenapa tidak mengeluarkan duit dengan menghantar jurulatih tempatan berlesen kelas A ke negara yang maju permainan mereka. Langkah itu lebih wajar kerana di samping menggalakkan jurulatih menimba ilmu dari pelbagai negara dan menambah bilangan jurulatih bertauliah, ia juga menaikkan tahap profesionalisme jurulatih itu sendiri. Biarlah FAM bermula sekarang daripada menunggu esok yang tidak pasti. FAM juga perlu mempunyai perancangan dalam meningkatkan bilangan pemain muda yang berpotensi.Dalam kita merasa duka dengan kemerosotan pasukan senior kebangsaan, masih ada lagi sedikit perkara yang mengujakan iaitu prestasi skuad Harimau Muda dalam kancah Liga Perdana. Berdasarkan komen yang diberikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta jurulatih Harimau Muda, inilah masanya skuad ini diserapkan dalam pasukan senior dan diberi pelbagai pendedahan melalui perlawanan persahabatan antarabangsa atau dihantar menjalani pemilihan dan latihan bersama kelab-kelab di Eropah atau di mana sahaja di dunia ini. Muda usia bukan bermakna mentah dari segi kematangan membaca corak permainan. Kalau pengalaman diukur berdasar usia seseorang pemain, bola sepak kita akan tetap berada di takuk sekarang.
~Saya lebih suka memberi pandangan secara general, tetapi dalam prbincangan ini saya ambil bola sepak sebagai contoh. Pada pendapat saya, berdasarkan pengetahuan saya dalam sains sukan, banyak faktor yang mempengaruhi tahap bola sepak di malaysia, antaranya coaching, nutrition, psychology dan banyak lg yang lain. Tetapi saya lebih tertarik dalam kejurulatihan dan talent identification.


~Apa yang saya perhatikan pelajar2 hanya mula mendapat latihan secara teratur ketika mereka memasuki sekolah menengah iaitu sekolah sukan dan lain2. Pada peringkat umur ini iaitu dalam 13 atau 12 tahun sememangnya sudah agak lewat untuk mula bermain bola sepak. Memang betul terdapat kanak2 yang sudah bermain ketika d sekolah rendah, tetapi mereka tidak di ajar teknik dan kemahiran yang betul dan sistematik. Tidak kah kita tahu bahawa peringkat kanak2 merupakan jangka masa yang sangat penting dalam pembelajaran dan perkembangan motor(motor learning and development).

~Perkara yang kedua ialah faktor fizikal pemain. Tidak kah jurulatih sedar bahawa faktor fizikal ini sangat penting dalam bola sepak? jika ya, mengapa masih mengambil pemain yang bertubuh kecil? memanglah orang Malaysia bertubuh rendah dan kecil, dan memang betul ~Vterdapat pemain yang bertubuh rendah seperti R. Carlos mampu menjadi pemain profesional, tetapi adakah bilangan pemain yang bertubuh rendah banyak bilangannya? dalam satu2 pasukan negara mungkin ada seorang dua sahaja seperti ini. Tetapi di Malaysia rata2nya pemain bertubuh rendah dan kecil. Pemain yang bertubuh tinggi dan besar memang mempunyai banyak kelebihan berbanding tubuh yang kecil dan rendah dalam bola sepak. Jadi, apa yang perlu dilakukan? Saya selalu terfikir jika kita sudah memberi pendidikan bola sepak sejak usia kecil lagi seperti yang saya katakan sebelum ini, pada masa yang sama faktor biologi kanak2 jg harus dikenalpasti. apa yang saya maksudkan ialah keturunan mereka. adakah mereka lahir dari ibubapa yang mempunyai tubuh badan yang sesuai dalam bola sepak. Hal ini disebabkan saiz fizikal mempunyai had/limitation. Tidak sama seperti Skill dan teknik yang dipelajari. Fizikal pastinya tidak meningkat dengan latihan. Pastinya terdapat ibubapa di negara kita yang mempunyai saiz sama dengan saiz tubuh orang barat. sememangnya kanak2 itu akan membesar seperti ibubapa mereka kecuali dia mendapat baka recessive. Tidak kah kita mahu melihat pemain2 kita berdiri sama tinggi dan besar dengan pemain dari barat semasa di padang.?


Khyrel Asyraf
macam mana mentaliti penonton nak berubah tgk player malaysia kalo player pon x tunjukkan prestasi yg baikyes mmg skill pon x sehebat EPLtapi atleast malaysia bole lebih baik dr singapore, indon, thailand...tapi...macam x mampu je.... kita negara maju, bkn mundur---->ni ade btol.tp xpe.pendapat msg2.


NAK TAU ApE PENDAPAT LAKI AK LAK.HAHA

HA YG ATAS NI SILA BACE.SSH2 AK GOOGLE CARIK IDEA2 ORG.BKN STAKAT IDEA JER.DORG DH WAT RESEARCH SKALI.cube supportive sket.bkn sng nk puaskn at sume org ok.bkn sng nk maen.jgn asek nk lihat keburukan org laen jer.kburukna sendri x nmpk,ke buat2 x nmpk?




.THINK MALAYSIAN THINK.

No comments:

Post a Comment