ANNIVERSARY REMINDER

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011


Hello !!! - hows ur day? harap2 run smoothly jyeah! harini 3th april 2011 - selasa - hehe ak bgn awal (10 pagi) - wah awalnye hehe. Itupun man yg kejutkan sbb die excited nak tgk Fast and Furious 5 - maka siap punya siap ktorg pun jln dgn gumbira serta berpimpinan tgn dlm kereta - tak buat apapun k !! Ktorg sweet kapel. wah very the lovinggg! - hatta kite pun sampai la ke playground fav ku - OU, alamaks ! Cane leh Fast Furious tak ditayangkan lg ni?? padahal Namot (member ak) ckp die dah tgk hari ahad. okay cool down mint, ak lapar then pg mkn dulu, Mee siam tak sedap, manis! - permulaan hari buruk ku. Huhu. Kata sepakat pun dicapai, maka ak dan suami pun berangkat ke curve, dlm keterpaksaan sbb curve seat die tak best! heheh. Sekali lg dihimpit kekecewaan sbb pun TIADAAAAAAAAAAAAAA ! okay last, ktorg pg sunway, dgn harapan mgunung hahaha. Setiba di sunway- mak aii ni dah melampau, pun tiadaaaaaaaa!! Apa ni.... huhu, habis sayang, nk tgk ctr apa ni, takkan nak balik tido, mbazir je -.-'' lalu ktorg pun tgk ctr PENUNGGU ISTANA - ak ringankan hati yg agak berat ni sbb mcm manusia bajet pandai/bagus lain, ak kureng sket nak tgk film melayu, khurafat je ak rasa betul2 best. Tp ak still ak tak merendah2 kan kemampuan penerbit film melayu dlm mbikin film, kita bagus! - cuma sesetengah penerimaan org yg kdg kala menutup ke-bagus-an sesebuah film tu. okaylah opinion ak pasal ctr ni - Fisrt sekali film ni play, ak rasa happy n suspen, tak ke itu satu perasaan yg baekkk?? - sbb ak dah tertanya-tanya- betul ke ni ctr betul, apa yg ak dgr- film ni based on true event, apa yg ak cilok sket dr blogger lain yg juga berkongsi ctr dgn ak lah kan - ni apa yg ak dpt :

"
Segala yang dipaparkan dalam Penunggu Istana semuanya rakaman video yang sebenar daripada penyelidikan sekumpulan pelajar tentang sebuah rumah lama di Papan, Perak. Cerita yang selama ini hanya didengar daripada masyarakat setempat tentang sebuah rumah yang dikenali sebagai Istana Bilah mula terungkai dengan penemuan beberapa peristiwa aneh dan misteri. Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios yang juga Penerbit Eksekutif filem Penunggu Istana, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem itu diterbitkan untuk memberi peluang kepada audiens menilai sendiri kesahihan di sebalik kisah paranormal yang sering dicanangkan. “Penunggu Istana merupakan sebuah filem yang merupakan cantuman daripada dokumentari yang dirakamkan oleh sekumpulan pelajar yang membuat penyelidikan tentang aktiviti paranormal. “Filem ini adalah asli dan tiada sebarang tokok tambah dan semuanya adalah benar belaka. Namun, semuanya terpulang kepada masyarakat sama ada untuk mempercayainya atau tidak,” katanya. Tambah Tengku Iesta lagi, pada awalnya kumpulan pelajar itu mahu melakukan kajian paranormal itu sebagai projek universiti mereka. Namun, selepas mengesan sesuatu yang aneh sewaktu berada di Istana Bilah, mereka memberanikan diri untuk meneroka jauh dan mengenali dengan lebih dekat alam ghaib di rumah itu selama 15 hari di sana. Apakah penemuan yang telah ditemui oleh mereka sepanjang di sana dan bagaimanakah pula dengan kesudahannya? Semuanya akan terjawab dalam Penunggu Istana yang kini sedang ditayangkan di pawagam"



dan ini pulak apa yg ak dpt dpd blog uncle seekers yg tururt serta dlm proses pembikinan film penunggu istana. Something yg ak rasa agak mengejutkan & memalukan. ahaha.




Click utk imej lg besar :)

Marah betul pewaris Istana Bilah ni kan? dlm masa yg sama ak rasa ak dh dpt jwpn atas tenda tanya ak & semua org yg dah pnh tgk ctr ni, ni yg ak dpt, hasil dpd review blogger lain.

Review Filem Penunggu Istana

Menyedari pengaruh filem seram masih lagi kuat di kalangan penonton, Grand Brilliance dan Primeworks Studios telah membuat percaturan yang begitu berani dengan menerbitkan Penunggu Istana.

Tapi kalau kita tengok filem style David Teoh yang kutip 8 juta tuh, bukan seram sangat. Cuma seram-seram komedi jer. Citer Penunggu Istana pulak buat filem style filem hollywood The Blair Witch Project (1999) (click sini). 12 tahun dulu orang akan kata best. Sebab first time tengok citer tuh.... rasa mcm real. Rumours plak kata, mmg video tuh real. Police jumpa kat hutan. Perghhh... seram siot ! (Itu strategy pemasaran Grand Brilliance dan Primeworks lah tuh)


Ringkasan info BWP
Skang orang dah tau yg citer tuh just shooting dan berlakon. Bukan real. Kenapa buat citer yg orang dah buleh agak jalan citer nyer sama macam "The Blair Witch Project". Arrgghhh... tunggu keluar TV jer citer citer cam nih. Tak layak di tonton di Pawagam. Korang boleh perbodohkan penonton yang tak pernah tonton Blair Witch Project.... aku ? kau tak leh nak perbodohkan. Blair Witch Project 2 pula gagal disiapkan sebab diaorag tahu.... tak bleh jual citer ala-ala mcm tuh lagi.

Ader jugak penonton yg terpedaya dgn citer bangang nih. Ader yang tanya.... dia org betul betul mati ker ? Come on lah... lakonan jer tuh. Pelakon under dog yang dibayar murah untuk Primeworks.

Malaywood: Sapa lah yg berani sangat buat citer macam nih... buleh jual ker filem nie mcm filem David Teoh ker ? atau filem Kurafat (Shamsul Yusof)

-------------------

Apa motif citer nie di provoke oleh pihak penerbit sebagai flem tanpa pengarah tapi sekadar cantuman keratan filem yang diaorang jumpa. Uncle seekers turut terbabit dlm statement no komen bahawa citer betul betul atau lakonan. Mengarut lah. Motif nyer cuma nak dapat untung besar bila produce citer macam nie. Macam citer Blair Witch Project, modal nyer cuma USD 500K jer. Untung ? USD 248 Juta (kutipan seluruh dunia). Sebab nampak macam real. Idea genius. Takde sapa terpikir nak buat citer macam tuh. Filem BWP adalah filem budget yg paling untung gila babas... di dunia. memang fenomena lah masa tuh.


(click sini untuk maklumat statistik Finas) tanda * setakat 20 April 2011.

Kau tengok info kat finas, Penunggu Istana nyer kos kebih kurang RM 600K (budget movie). Banyak gak tuh kalau setakat kerja cantum cantum kan filem jer. Biasa nyer kalau filem tuh cecah ratusan ribu bermaksud, kos produksi adalah termasuk sewa kamera mahal, bayar gaji krew, gaji pelakon dan etc etc. Diaorg target nak dapat kutipan macam Khurafat. Berapa diaorang untung ? Sapa yang untung.

Kalau betul citer nie citer betul, video tuh adalah bahan bukti mahkamah dan polis untuk bukti kematian diaorg atau kehilangan diaorang. Mana bleh buat public viewing. Kang jadi kes macam trio Dato' T kang.... pastu memain plak konon nyer dakwaan laporan polis telah dibuat atas kehilangan pelajar berkenaan. Mana report polis nyer ? Tunjuk lah dalam Melodi ker dalam Fuhhh! ker.... bikin panas kat forum-forum cyber buat apa ?

Malaywood: Laporan polis palsu boleh di dakwa tau.

Seluruh kekuatan Primeworks, baik TV3, Berita Harian, Harian Metro memprovokasi bahawa ini adalah filem tanpa pengarah dan hasil cantuman documentary pelajar university yang hilang ketika buat kajian.

AKu nak tanya sikit... University mana kat Malaysia nie yang menawarkan kursus paranormal ? Kencing yer ....

Hasil kutipan filem nie dan royalti nyer nak bagi sapa ? Korang penerbit jer ker.... pelakon ? takkan tak nak bayar walau pun pelakon tuh dah hilang ker.. dah mati ker ? tuh mencetak rompak nama nyer... yer tak ? Family diaorang takkan tak dapat royalti ? nak kenching yer...

Kenapa tunggu lepas 12 tahun dari Blair Witch Project baru nak buat filem macam tuh ? Mungkin sebab, generasi remaja skarang adalah budak hingusan lagi masa tahun 1999. Atau, ramai yg dah lupa kot pasal Blair Witch Project... hahahahaha... zaman internet, kalau lupa boleh search kt google lah mangkok !

Campor tolak syarat wajib tayang, lebih kurang 45 pawagam terpaksa tayang kan citer Penunggu Istana nie. Kalau citer Nur Kasih the Movie... berebut Towkey pawagam nak tayang kan citer nie. 67 Pawagam akan tayang citer nih. Khurafat pulak, 66 pawagam yang menayangkan citernyer. Kalau citer bagus... berebut orang nak tayang kan.

Kalau citer hampeh.... tiru pulak filem orang lain... sapa nak tayangkan filem korang.


Malaywood: nasib filem nih, mungkin sama mcm filem Ratu the Movie... bungkus.....


Uhm Wallahualam, Tuhan Maha Mengetahui. Kalau betul la ni ctr betul, takziah kpd keluarga mangsa penyelidik yg terlibat. kalau semua ni rekaan semata, wah bagus tu! Maknanya Malaysia dah maju kehadapan & maju dlm industri filem. Well done :)

p/s :

menyampah dgn sikap sesetgh manusia yg bajet pandai/bagus- tanak tgk film melayu pastu melalak dlm wyg, "bosanlah ctr bodoh ni, mbazir masa, 14 hengget ak, ni la ctr melayu, ctr bodoh," kalau kau dah bosan sgt, ko keluar jela, hormat sket, org laen pun byr tiket tu,kalau suruh kau buat film skalipun, agaknya 1st scene lg ko dah tberak kot. Berlagak. Mentality class E.






No comments:

Post a Comment