ANNIVERSARY REMINDER

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

Doa buat kekasih

Ya Allah ya Tuhanku,

kau tenangkan hatinya di saat dia memerlukan
kerana dia tahu, hidup bukannya mudah seperti yang pernah disangka,
satu ketika dahulu

Ya Allah ya Tuhanku,

kau restui cinta kami,
semoga berkekalan hingga akhir waktu
walaupun kami, hambamu yang hina

Ya Allah ya Tuhanku,
kau ajarkanlah kekasihku,
kuat di hari-hari yang mendatang
tunjukkan padanya, langit tidak selalunya kelam

Ya Allah ya Tuhanku,
kehadiranku, bukanlah tiap saat menjaga jasadnya
Tidak selalu ada untuknya
walaupun aku mencuba, namun ada batas dan ketika
Aku tiada di sisinya

untuk memberi semangat dan dorongan

Ya Allah ya Tuhanku,
Kau sejukkanlah hati kekasihku
damaikan hatinya
Jagalah dia, tiap saat dan waktu
seperti dia, yang telah menjalankan tanggungjawab menjaga diriku
ketika susah dan senang

Ya Allah ya Tuhanku,
Curahkan lautan rezeki Mu kepada kekasihku serta sekalian keluarganya,
seperti pemurahnya diriMu mencurahkan rezeki ke atas aku dan keluargaku
Hindari mereka daripada kesusahan hidup, tipu daya manusia syaitan yang dayus
Kerana mereka hambaMu telah berusaha di muka bumiMu

Ya Allah ya Tuhanku,
Matangkanlah hubungan kami,wangikanlah ia dan biarkanlah ia terus mekar seperti hari-hari lepas.

Amin.

No comments:

Post a Comment