ANNIVERSARY REMINDER

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 7, 2009

beauty tips :)

Kulit Cerah dan Licin-
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat-
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.-Selawat 3 kali-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengempiskan Perut (1)-
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .- Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut sepertiperempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perutsahaja,amalkan setiap malam.
Mengempiskan Perut (2)-
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.- Embunkan semalaman.- Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuangair kecil.
Mengelak perut buncit-
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.-Minum air setelah selesai makan-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Menyegarkan Mata-
Ambil timun yg telah dihiris- Lekapkan pada kelopak mata- Pejamkan mata utk berapa ketika.- Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Mengelak Rambut Gugur-
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.- Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.- Perap ramuan di atas kepala selama sejam.- Lakukan 2 kali seminggu.- Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilatsemulajadi.
Sihat Tubuh Badan-
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.-Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun)-Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan Tubuh-
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Parutan itu campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hinggasebati- Minum dua kali sehari.-Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan Parut di Kulit-
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut- Lakukan sekerap yg mungkin- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam danjerawat di wajah.
Menghilangkan bau ketiak-
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut.-Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapaktangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur-
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala- Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam- Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala.- Basuh dgn air suam.- Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur-
Rendamkan kacang hijau semalaman.- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambildipicit perlahan2.- Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.- Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang ketumbit mata-
Gesel 2 batang sudu.- Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit- Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.(ketumbit tu ape??haha)
Menurunkan Berat Badan (1)-
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air.- Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.- Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Menurunkan berat badan (2)-
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.- Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalampeti ais.- Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Awet Muda (1)-
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaituIsnin, Khamis dan Jumaat.- Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur
Awet Muda (2)-
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.- Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun Pagi-
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabis.a.w.- Niat dalam hati utk bangun pagi- Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat-
Campur bedak sejuk dan asam jawa.- Selawat pada Nabi 3 kali.- Sapukan di muka dan di tempat jerawat- Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan rambut Kerinting-
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja- Campurkan dgn air limau nipis- Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atas nya menyerupai krim.- Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.- Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih.- Lakukan 3 kali seminggu- Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Memerahkan bibir-
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur.- Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih dan mengilatkan gigi-
Ambil beberapa helai daun kelapa kering.- Bakar hingga jadi abu.- Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.- Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit-
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuhsemula.
Menguatkan Gigi-
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.- Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .- Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuattenaga.- Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan kearah muka.(HAHA)
Menghilangkan Lebam Mata-
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.- Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
HA AK SE SENANG JE NAK CARIK BAHAN2 NI.SLAMAT MCUBE KORG!

No comments:

Post a Comment